Ahad, 3 April 2011

keja kursus sejarah Pmr 2011

PENGHARGAAN

                   Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Yahaya bin Suip,Pengetua SMK Bandar Seri Alam ,Masai ,Johor kerana memberi sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Koay Mei Sian guru Sejarah kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan.
                Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya  Mohd Noh bin Abdul Manaf dan ibu saya, Azizan binti Talib yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Selain itu ucapan terima kasih juga kepada rakan saya Norashidah binti Abdul Kadir, Nurul Nabillah binti Aman dan Nur Syazanna binti Badrul Hisham kerana bekerjasama mereka menolong saya mengumpulkan maklumat. Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada mereka semua.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan saya melakukan kerja kursus sejarah ini boleh di bahagi kepada objektif am dan objektif khusus.
Sebagai objektif am saya membuat kerja kursus sejarah ini bertujuan melatih diri dengan kemahiran penyelidikan sejarah seperti mengumpul sumber sejarah , menjalankan penyelidikan saintifik format yang betul.
Di dalam objektif khusus pula,saya berharap dalam proses kajian sejarah ini akan lebih mengenali asal-usul dan fungsi institusi pentadbiran tempatan,Majlis Perbandarn Johor Bahru Tengah.
Akhir sekali, saya berharap selepas saya selesai menjalankan kajian ini, saya dapat melahirkan perasaan bersyukur, semangat kekitaan dan perasaan cinta pada masyarakat setempat tersebu, seterusnya menuju ke arah wawasan nagara iaitu SATU MALAYSIA. 
 KAEDAH KAJIAN
Saya telah memilih tiga kaedah dalam kerja kursus sejarah ini iaitu kaedah temuramah, kaedah internet dan kaedah menganalisis dokumen.
a)     KAEDAH TEMURAMAH
Saya telah menemuramah dengan Puan Rahimah binti Aliasi Mudin di pejabat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah pada tarikh 19 Mac 2011 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perana dari perkembangan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah supaya membantu saya melengkapkan Elemen 2 didalam kerja kursus sejarah saya.

b)    KAEDAH INTERNET
Saya telah melayari laman web bertajuk Portal Rasmi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah untuk memuat turun isi-isi penting berkaitan dengan tajuk kajian saya agar saya dapat memurnikan hasil kerja kursus tersebut dalam hasil kajian Elemen 2.



c)     KAEDAH MENGANALISIS DOKUMEN
Sebelum saya mendokumentasikan fakta sejarah yang saya perolehi, saya  telah menganalisis dokume-dokumen dari pelbagai sumber seperti internet , akhbar , risalah  dan majalah agar fakta sejarah yang saya pilih bertepatan dengan tajuk kajian saya.

1 ulasan: